Mengapa anda fikir orang melayari internet dan melawat laman web? Ya, untuk mencari maklumat. Dan jika anda berniaga, maklumat adalah amat penting. Sebab itu anda perlu mempunyai laman web yang mesti mengandungi tentang apa yang anda boleh lakukan untuk mereka.
Di bawah ini adalah beberapa kelebihan dalam mempunyai laman web untuk perniagaan anda

Dengan adanya perkhidmatan internet bermaksud laman web anda boleh dilawati pada bila-bila masa sahaja. Ini samalah seperti anda memiliki kedai dan kedai anda terbuka sepanjang masa dan pelanggan boleh masuk ke kedai anda pada bila-bila masa, siang atau malam. Orang akan lebih suka melawat laman web anda kerana ia lebih mudah, cuma pastikan maklumat yang terdapat dalam laman web anda lengkap dan memenuhi apa yang pelawat ingin tahu.

Tahukah anda bahawa jika anda mempunyai laman web anda sendiri, anda sebenarnya boleh mengetahui semua aktiviti yang berlaku di situ? Anda juga boleh mendapat maklumat yang memberitahu anda berapa ramai orang yang telah dan sedang melawat laman web anda. Anda juga boleh lihat kemajuan laman web anda dengan melihat kepada statistik laman web dan semua halaman-halamannya. Yang paling bagus, anda juga boleh membuat kemas kini laman web anda pada bila-bila masa, menjadikan ia jauh lebih murah daripada bahan bercetak.

Dengan memiliki laman web sendiri akan membuatkan pelanggan anda mudah mencari anda. Dengan kemudahan inilah membuatkan pelanggan anda tidak perlu melawat anda di premis perniagaan fizikal anda, hanya perlu masuk ke laman web anda.

Anda mungkin popular dan mempunyai ramai pelanggan di kawasan perniagaan anda, tetapi bagaimana pula dengan pelanggan atau yang berpotensi menjadi pelanggan anda yang berada luar dari kawasan perniagaan anda? Dengan adanya laman web sendiri, anda mampu menggandakan pelanggan anda, bukan sahaja dalam negara malahan dari seluruh dunia. Internet merupakan sebuah komuniti global, dengan adanya laman web, perniagaan anda akan dapat dilihat di seluruh dunia.

Terdapat banyak cara untuk mengiklankan produk atau perkhidmatan anda melalui internet, memiliki laman web sendiri merupakan salah satu caranya dan ianya mesra alam. ‘Search Engine Optimization’ (SEO) sesebuah laman web mestilah bagus untuk promosi yang lebih baik. Jika anda sudah maju atau mempunyai peruntukan kewangan lebih, anda boleh cuba iklan di Facebook atau Google.

Perbelanjaan pengiklanan adalah mahal, terutamanya jika diiklankan melalui media cetak, radio, televisyen atau iklan berbayar di internet. Mempunyai laman web sendiri adalah cara yang mudah dan murah untuk mempromosikan perniagaan anda. Dengan adanya laman web dan disertai dengan teknik pemasaran yang betul, promosi anda akan berjalan dengan jayanya.

Pautan merupakan satu aspek yang sangat penting untuk pemasaran viral (viral marketing). Jika terdapat banyak laman web yang menghubungkan kepada laman web anda, ini samalah seperti anda menyebarkan berita dalam laman web anda dengan lebih meluas lagi. Dan jika anda mempunyai laman web yang baik dengan isi kandungan yang baik yang dicari di internet, orang akan lebih cenderung untuk menghubungkan laman web anda kepada mereka. Ini bermakna pelawat laman web mereka juga terdedah kepada pautan yang menghubungkan mereka kepada laman web anda.

Laman web yang bagus dan selalu dikemaskini akan membawa pelawat yang lebih ramai. Pelawat yang ramai pula akan menyebabkan lebih banyak jualan terhasil.

Dengan mempunyai laman web anda sendiri, anda boleh membina hubungan yang lebih baik dengan pelanggan anda. Anda boleh menghantar mesej dengan serta-merta kepada pelanggan anda melalui sistem e-mel yang ada, malahan jika laman web anda mempunyai sistem opt-in, anda boleh menghantar mesej melalui sistem blast yang ada diruang admin. Sistem maklum balas dalam talian adalah terbaik antara pelanggan dan anda. Selain membina hubungan yang baik dengan pelanggan, anda juga boleh memberikan mereka lebih banyak info mengenai perniagaan dan projek terkini anda melalui mesej atau e-mel.

Anda ada laman web, maka anda akan ada pelawat dan pelanggan. Pelawat adalah orang yang singgah datang melihat laman web anda, manakala pelanggan adalah pelawat yang bertukar menjadi pembeli dilaman web anda. Bayangkan pelanggan ini menjadi pelanggan tetap anda, sentiasa membeli pada selang masa yang tertentu. Mempunyai laman web anda sendiri memberikan anda peluang untuk mendapat lebih ramai pelanggan atau pelanggan tetap yang boleh membantu mengembangkan perniagaan anda.

Sebuah laman web dapat memberikan anda peluang untuk membuktikan kredibiliti anda kepada orang ramai. Anda perlu memberitahu pelanggan anda mengapa anda layak mendapat kepercayaan mereka melalui laman web anda. Dengan cara ini anda boleh mendapat maklum balas positif untuk perkhidmatan atau produk anda. Laman web anda juga boleh menjadi satu tempat untuk pelabur yang berpotensi untuk bergabung dengan anda untuk menjalankan perniagaan secara usaha sama.
Pemilik perniagaan yang bijak akan juga membina laman blog untuk syarikat mereka. Mempunyai blog untuk menghantar kandungan terkini akan memastikan laman web anda menarik dan segar. Di samping itu laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan lain-lain yang sepertinya adalah penting untuk pemasaran laman web anda.
Visi dan Misi Kami
Visi dan Misi kami membantu sebanyak mungkin peniaga, syarikat, organisasi, pertubuhan, institusi pendidikan memiliki website, mempunyai perniagaan digital seperti laman web, dari segenap peringkat, bermula dari bajet kecil sehingga bajet eklusif, perkhidmatan yang ditawarkan disediakan tenaga pakar berpengalaman luas sedia membantu dan membimbing perniagaan dan organisasi mencapai hala-tuju cemerlang.

Tawaran Servis Kami?
Kami menawarkan perkhidmatan untuk memudahkan para palanggan untuk meningkatkan prestasi perniagaan, bermula dari kecil-kecilan hingga ke peringkat antarabangsa, insyaAllah.


Kami designkan dan buat website anda kelihatan menarik dan berimpak tidak kira apa matlamat bisnes anda. Serahkan saja kepada kepakaran kami untuk menjadikannya kenyataan.

Kami mempunyai kepakaran dalam pengembangan sistem web untuk memenuhi keperluan anda menggunakan pelbagai alat dan aplikasi.

Kepakaran kami akan mengurus semua aplikasi web dan kerja pengaturcaraan.

Kami membantu anda membuat pemasaran berasaskan web termasuk kerja-kerja penyelenggaraan untuk memastikan bahawa sebahagian atau semua kerja dilakukan secara automatik.

Sokongan pelanggan di atas talian sepenuhnya. Sebilangan proses dijalankan secara automatik.

Perniagaan menjadi lebih mudah kerana transaksi melalui laman web akan melalui menurusi sistem e-dagang atau payment gatway dan kad kredit.
Prosedur Pembangunan Web
Dengan hanya beberapa prosedur mudah seperti berikut, laman web anda kini menjadi kenyataan.

Cipta Pelanggan Setia & Jualan Berganda
Website yang dicipta Untuk
Perolehan Jualan Maksimum, Meningkatkan Jenama Produk atau perkhidmatan & Peroleh Keuntungan
Pakar Design Web Melaka
Laman web anda akan berjaya kerana dibina berasaskan lingkungan matlamat pengisian maklumat perniagaan dan keuntung (jualan).
Kami bukan hanya design web sahaja, bahkan kami juga berpengalaman luas memahami kehendak pengguna.
Pihak kami merancang laman web anda untuk memaksimumkan kadar keuntungan dengan meningkatkan jumlah pelawat yang menjadi pelanggan.
Kami juga akan design dalam ruang-lingkup perniagaan anda supaya hanya pelawat yang tepat anda menjadi pelanggan anda.
SERVIS DAN KEPAKARAN KAMI
Dengan hanya beberapa prosedur mudah seperti berikut, laman web anda kini menjadi kenyataan.


Masukkan Nama Website Ke Google!!!
Anda pemilik laman web pasti mahu laman web anda berada di ranking yang pertama hasil carian Google.
Kami juga menawarkan servis menaikkan ranking websita anda di dalam carian google dan Mesra Carian Google.
PROMOSI AWAL TAHUN
PROMOSI AWAL TAHUN, BINA WEBSITE DENGAN HANYA RM 250 SAHAJA UNTUK SETAHUN, UNTUK 5 PELANGGAN YANG TERAWAL.