5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda
Sebagai pemilik bisnes, anda kena tahu tujuan utama orang datang ke website. Kebiasaannya, apabila seseorang tidak tahu sesuatu, mereka akan mencarinya di Google, betul tak? Sebagai contoh, carian seperti “Resipi Mee Goreng Mamak” menunjukkan bahawa semua maklumat kini mudah didapati di internet.
Oleh itu, untuk post kali ini, kita akan bincangkan 5 soalan wajib pelanggan tentang website anda.
1. APA TAWARAN WEBSITE ANDA?

Apabila pelanggan melayari website anda, benda pertama yang mereka ingin tahu ialah apakah tawaran yang anda sediakan. Jadi, anda perlu memastikan laman utama (home) mempunyai elemen seperti TAJUK, GAMBAR atau VIDEO yang jelas untuk menarik perhatian mereka.
Selain itu, elemen ini juga membantu mendorong mereka untuk terus ‘scroll’ ke bawah.
Kesimpulannya, ini sangat penting untuk mencipta first impression atau pandang pertama yang baik kepada pelanggan anda.
2. BAGAIMANA TAWARAN ANDA MEMBANTU?
Seterusnya, pelanggan ingin tahu bagaimana tawaran anda dapat membantu mereka. Contohnya, jika mereka menghadapi masalah jerawat, pastikan anda menawarkan produk yang boleh membantu mengatasinya.
Dengan kata lain, tawaran anda mesti jelas sebagai solusi kepada masalah pelanggan.
3. BAGAIMANA TAWARAN ANDA BERKESAN?
Selain itu, pelanggan juga ingin tahu bagaimana tawaran anda benar-benar berkesan. Oleh itu, anda perlu menerangkan keberkesanan produk atau servis anda secara jelas.
Sebagai contoh, PIXELLENSA STUDIO membantu usahawan membina branding secara atas talian dengan menawarkan servis website design yang cantik dan berkualiti.
Malah, bagi pemilik bisnes yang belum beralih ke online, servis ini amat diperlukan untuk mengembangkan jenama mereka.
4. KENAPA PERLU PERCAYA WEBSITE ANDA?
Walau bagaimanapun, dalam banyak website yang ada, kenapa pelanggan perlu memilih anda?
Oleh itu, anda perlu menunjukkan bahawa anda mampu membantu menyelesaikan masalah mereka. Selain itu, gunakan testimoni pelanggan untuk meningkatkan kepercayaan terhadap produk atau servis anda.
5. APA TINDAKAN SETERUSNYA?
Akhir sekali, selepas pelanggan memahami tawaran anda, pastikan anda memberi arahan yang jelas untuk tindakan seterusnya.
Sebagai contoh, anda boleh meletakkan butang seperti ‘Beli Sekarang’, ‘Hubungi Sekarang’ dan sebagainya.
Dengan ini, pelanggan lebih mudah untuk terus berurusan dengan anda.
Notes:
Jika anda masih belum mempunyai website untuk bisnes, jangan risau. Anda boleh mengupah pakar untuk membinanya.
Namun begitu, anda perlu bertindak sekarang sebelum harga meningkat! 🙂
PS:
Jadi, korang dapat sesuatu tak gaiss? 😄
Jika anda ingin bina website yang mampu menjawab semua soalan pelanggan tentang website ini, anda boleh hubungi CycleCypher sekarang untuk dapatkan konsultasi percuma.
