loader image
cybercypher landcap 2023
5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda
Home/Uncategorized / 5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda
5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda
Home/Uncategorized / 5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda
5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda

Sebagai pemilik bisnes anda kena tahu tujuan utama orang datang ke website. Dah jadi lumrah kehidupan bila tak tahu je kita akan Google betul tak? Contohya, Resipi Mee Goreng Mamak. Semua maklumat kini mudah didapati di internet.

Untuk post kali ini, kita bincangkan 5 Soalan Wajib Pelanggan Tentang Website Anda

1. APA TAWARAN WEBSITE ANDA?

Apabila pelanggan melayari website anda, benda pertama mereka nak tahu ialah apa yang kita sebagai pemilik bisnes cuba tawarkan. Jadi anda kena pastikan laman utama atau home mempunyai ciri-ciri seperti TAJUK, GAMBAR atau VIDEO yang jelas untuk menarik perhatian mereka untuk terus ‘scroll’ ke bawah.

Ini penting untuk first impression atau pandang pertama pelanggan anda!

2. BAGAIMANA TAWARAN ANDA MEMBANTU?

Seterusnya, pelanggan nak tahu apa kebaikan tawaran anda kepada mereka. Contohnya, jika mereka mencari penyelesaian masalah jerawat pastikan anda menawarkan produk menghilangkan jerawat.

3. BAGAIMANA TAWARAN ANDA BERKESAN?


Jika anda menawarkan sesuatu untuk pelanggan, pastikan anda menceritakan bagaimana keberkesanan produk atau servis anda kepada mereka. Misalnya, PIXELLENSA STUDIO membantu usahawan membina branding secara atas talian (online) dengan menawarkan servis website design yang cantik dan berkualiti. Jadi, bagi pemilik bisnes yang belum bertukar kepada online mereka memerlukannya untuk mengembangkan jenama mereka.

4. KENAPA PERLU PERCAYA WEBSITE ANDA


Dalam banyak-banyak website di dunia ini, kenapa pelanggan mesti pilih anda untuk membeli? Jadi anda perlu tunjukkan yang anda dapat membantu mereka menyelesaikan masalah mereka alami. Tunjukkan testimoni untuk membuat mereka yakin dengan produk atau servis anda.

5. APA TINDAKAN SETERUSNYA


Setelah lama menelaah website anda, pastikan anda memberi arahan yang jelas untuk mereka teruskan berbisnes dengan anda. Letakan butang seperti ‘beli sekarang’, ‘hubungi sekarang’ dan sebagainya.

Nota kaki: Anda belum ada website untuk bisnes lagi? Jangan risau anda boleh upah orang buatkan. Nak upah saya pun boleh tapi anda kena bertindak sekarang sebelum harga meningkat 100%! 🙂🙂🙂

PS: Korang dapat sesuatu gaiss???